![]() |
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa korban daripada kereta. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat |
KUALA LUMPUR - Seorang peniaga nasi lemak maut, manakala pembantunya cedera parah, selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar konkrit pembahagi jalan di Jalan Jelatek, hari ini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Mohd Razman Abdul Karim, 41, maut di tempat kejadian, manakala pembantunya, Siti Maryam, 37, cedera parah.
Kereta Toyata Corolla yang dipandu Mohd Razman dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan konkrit di antara Jalan Jelatek dan susur keluar ke Lebuhraya Duke, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat dan mangsa cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.-Bernama
No comments
Post a Comment