Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

1 Maut, 2 Cedera Dihempap Konkrit

Seorang buruh binaan warganegara Indonesia maut manakala dua lagi cedera parah setelah dihimpap binaan konkrit di tapak Projek Tangki Air Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dekat sini, hari ini.
DURIAN TUNGGAL - Seorang buruh binaan warganegara Indonesia maut manakala dua lagi  cedera parah setelah dihimpap binaan konkrit di tapak Projek Tangki Air Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dekat sini, hari ini.

Sumber polis berkata, dalam kejadian 3.15 petang, mangsa maut, Abu Ardianto, 31, bersama dua lagi rakannya sedang melakukan kerja pembinaan dalam tangki berkenaan sebelum berlaku runtuhan 'staging' dan lantai bumbung tangki tersebut.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada simen yang belum kering dalam bangunan tangki air itu dan sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi operasi menyelamat.

"Ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan namun seorang mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan teruk di kepala.

"Dua lagi mangsa yang juga warganegara Indonesia telah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, mengesahkan kejadian itu dan punca kejadian masih lagi disiasat.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan forensik dan keluarga mangsa juga telah diberitahu mengenai insiden itu," katanya. - Sinar Harian

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo