Responsive Ad Slot

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Resepi Ayam Masak Cendawan

No comments

26 September, 2016

Resepi Ayam Masak Cendawan
Untuk resepi kali ini, kami kongsikan kepada anda resepi Ayam Masak Cendawan, salah satu resepi yang amat mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga anda. Okay, jom kita mulakan!

Bahan A

1/2 ekor ayam | dipotong lapan
4 biji cendawan hitam kering | direndam
50gm cendawan hitam | direndam

Bahan B

5 sudu makan sos tiram
Sedikit minyak bijan
2cm halia | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 tangkai cili kering | dipotong kasar
Minyak untuk menumis
Garam sekiranya perlu
Sedikit kicap
Sedikit air


Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, sos tiram, air dan sedikit kicap. Gaul rata. Biarkan seketika sehingga isi ayam empuk.
3. Masukkan cendawan kering, cendawan hitam dan cili kering. Masukkan juga sedikit minyak bijan. Gaul rata.
4. Seimbangkan rasa masakan dengan garam sekiranya perlu. Biarkan sebentar sebelum api di tutup.
5. Sedia untuk dihidang.


Nota - Cendawan kering harus direndam selama lebih kurang 30 minit bagi melembutkannya.

Biskut Mudah Oreo Bubble

No comments

11 September, 2015

Suka makan oreo??? Nak jadikan oreo lagi sedap dan menarik??? atau buat kudap-kudap untuk anak-anak dan suami sambil menonton television ataupun bersantai... Hurmmmmm sini RM ajarkan. Bahan pun senang didapati dan mudah pula untuk membuatnya.


Bahanya (Kuantiti bahan dalam resepi ini ikut suka hati)
  1. Biskut Oreo (Perisa original)
  2. Cream Cheese
  3. Coklat Masakan (coklat & putih)
Cara-cara
  1. Masukan biskut oreo ke dalam mangkuk kemudian hancur-hancurkan sehingga menjadi seperti pasir.
  2. Kemudian masukan cream cheese sedikit demi sedikit dan mula gaul sehingga menjadi seperi doh.
  3. Gentel adunan tadi menjadi seperti bola-bola kecil.
  4. Cairkan coklat masakan. (buat 2 bekas, 1 putih dan 1 coklat)
  5. Kemudian salut bebola oreo td dengan coklat mengikut warna kesukaan dan corakannya.
  6. Akhir sekali masukan kedalam peti sejuk supaya coklat tadi beku @ biarkan saja sampai coklat mengeras.
Siap!! Sangat mudah
Selamat mencuba!!!

Senangnya Membuat kek Aiskrim

No comments

10 September, 2015

Kek aiskrim yang sangat sedap tentunya anak-anak akan suka dengan resepi terbaru ini. sesuai untuk dibuat minuman waktu petang, malah amat mudah kepada semua para ibu malah isteri-isteri yang kian sibuk bekerja.


Bahan-bahanya
  1. 2 Cawan Tepung Naik Sendiri
  2. 2 Cawan Aiskrim Vanila
  3. 1/2 Cawan Blueberries (Kalau nak guna buah lain pun boleh macam strawberi/kiwi - dipotong dadu)
Caranya
  1. Masukan tepung dan aiskrim ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  2. Kemudian masukan buah dan gaul lagi sehingga semua sebati.
  3. Griskan loyang kuih dan masukan bahan kedalam loyang. (gris gina minyak @ planta)
  4. Bakar selama 18-20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
  5. Sejukan dan siap untuk dimakan.
Selamat Mencuba!!!!

Mudahnya Membuat Otak-Otak Tahu Ayam

No comments

03 September, 2015

Suka makan & beli otak-otak?? tapi kadangkala tidak sedap!!! Keluarga tidak suka makan tahu??? Ha... jom Resepi Mudah ajarkan buat otak-otak tahu ayam yang mudah dan sedap...pastinya anak-anak @ suami yang tidak sukan makan tahu, lepas ni pasti makan. mudah saja cara dan bahanya.


Bahan A
  1. 3@4 ketul Tahu Putih - [potong2 supaya senang blender]
  2. 1@2 Tiub Tahu Telor / Tahu Jepun 
  3. 3@4 Ketul Isi Ayam (Beli bahagian dada yang banyak isi ye) - [potong2 supaya senang blender]
  4. 2@3 Biji Telor (bergantung pada saiz telor)

Bahan B (kuantiti mengikut citarasa masing2)
  1. Serbuk Lada Sula (lada putih) & Serbuk Lada Hitam 
  2. Cili Merah Blander @ kalau nak pedas bileh campur cili api blender
  3. Serbuk Secukup Rasa
  4. Daun Bawang ( nak potong halus boleh, nak blander dgn bahan A pun boleh)

Cara Membuatnya
  1. Campur kesemua bahan A dan kisar hingga halus, 
  2. Kemudian masuk ke dalam mangkuk, campurkan pula bahan B. 
  3. Kacau kesemua bahan hingga sebati.
  4. Masukan ke dalam loyang dan kukus selama 10-15 minit. 
  5. Setelah masak, keluarkan dari loyang dan sejukan sebelum di potong.(simpan dalam bekas & masukan ke dalam peti sejuk sebelum digoreng).
  6. Pukul telor, celup tahu yang dipotong tadi kemudian goreng.



Biskut Butter Yang Mudah

No comments

11 June, 2015

Kebiasaanya kita suka membeli biskut butter untuk anak-anak kerana teksturnya yang lembut dan rangup serta rasanya yang sedap. bukan saja untuk kanak-kanak dewasa malah ia sesuai untuk anak-anak kecil yang baru baru nak tumbuh gigi. ok lah, kali ini mari kita cuba untuk buat biskut butter sendiri. Jangan risau, ianya sangat mudah dan bahanya pun sangat ringkas.


Bahan-bahanya
  1. 225g Butter
  2. 125g Gula Aising
  3. 260g Tepung Gandum
  4. Sedikit Overlate (untuk biskut jadi lembut)
Caranya :-
  1. Gaulkan butter bersama gula aising hingga kembang
  2. Kemudian masukan overlate & tepung dan gaul rata hingga menjadi doh
  3. Gelekan dengan batang penggelek dengan ketebalan 1/4 @ 1/2 inci
  4. Akhir sekali tekap menggunakan pencetak kuih mengikut corak @ kehendak masing-masing dan bakar selama 16-18 minit dengan suhu 170 darjah celcius.
  5. Sejukan dan masukan ke dalam bekas kedap udara serta boleh dimakan bila-bila masa
Nota :- Boleh juga dihiasi dengan bermacam-macam jem atau taburan diatas biskut.

Sekian...Selamat Mencuba!!!!!

Ringkasnya Membuat Lolipop Fruitchoc

No comments

13 May, 2015

Selamat tengahari semua....ha.... hari ni kita cuba pula buat coklat buah-buahan... resepi ini sangat ringkas, senang dan bahan pun mudah didapati. Bagi anak-anak yang tak suka makan buah-buahan, mungkin selepas mencuba resepi ini mereka akan menjadi lebih gemar memakan buah-buahan. mari kita lihat caranya.


atau 


Bahan-Bahan
  1. Buah kiwi (tak kisah jenis buah apapun)
  2. Coklat Masak (guna cadbury pun sedap)
  3. Sedikit Butter
  4. Batang Aiskrim
Cara-caranya
  1. Buang dan bersihkan kulit buah kiwi, kemudian potong bulat-bulat ukuran selebar 1 jari dan cucukan dengan batang aiskrim (jadi macam lolipop). buat sehingga semua buah habis.
  2. Panas dan cairkan coklat bersama butter ke dalam mangkuk (buat kaedah double boiler)
  3. Setelah coklat cair, celupkan buah tersebut ke dalam coklat,  biarkan ia sejuk dan coklat mengeras.
  4. Jika nak nampak lagi menarik dan anak-anak suka, boleh tambahkan hiasan seperti color rise atau sebagainya. (tabur bahan hiasan semasa coklat masih cair)

SEKIAN!! SELAMAT MENCUBA..!

Biskut Nut Chips Mudah

No comments

08 May, 2015

Jom buat biskut nut chips... kan dah nak dekat raya ni... jom kita belajar buat biskut yang mudah dan sangat senang. tak guna bahan banyak pun.... kalau nak buat minum petang dan menonton televisyen pun boleh...



Bahan-bahan
  1. 1 cawan mentega kacang
  2. 1 cawan gula 
  3. 1 biji telur
  4. 1/2 cawan coklat chip
Caranya
  1. Gaul mentega kacang bersama gula dan telur sehingga sebati kemudian masukan coklat chip dan gaul lagi sehingga semua rata.
  2. Ambil secubit adunan tadi, kepal dan leperkan sedikit menjadi bulat (mcm biskut chipsmore). buat hingga habis.
  3. Letakan ke dalam dulang pembakar (alas dulang dengan kertas minyak) dan kemudian bakar antara 6-8 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

haa... siappppp... SELAMAT MENCUBA !!!

Resipi Puding roti Yang Mudah Dan Lazat

No comments

23 April, 2015

Hari ini kita kongsikan pula cara-cara membuat puding roti yang ringkas, mudah dan lazat... sesuai dimakan waktu santai, minum pagi ataupun minum malam. Jom tengok bahannya.


bahan-bahanya :-
  1. 1 beg besar Roti Potong (Dibuang tepinya)
  2. Planta / majerin
  3. 3 Sudu Gula Pasir (guna sudu kuah)
  4. 2 Biji Telur
  5. 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  6. 1 Sudu Tepung Jagung
  7. 200 ml Whiping Cream = (1 kotak kecil whiping cream)
  8. 200 ml Susu rendah lemak (boleh juga guna susu HL @ sebagaimya)
  9. sedikit kismis / anggur atau apa saja (ikut suka)
Caranya :-
  1. Masukan gula, telur, esen vanila dan tepung jagung kedalam bekas, dan kacau hingga kembang sedikit (guna senduk biasa pun boleh).
  2. Kemudian masukan whiping cream dan susu, kacau lagi sehingga semuanya sebati.
  3. Ketepikan adunan tadi. Sapukan roti dengan planta dibahagian depan dan belakang, kemudian letak di dalam loyang dan taburkan sedikit anggur (saya tak ada kismis, tp lebih sedap guna kismis) dan diulangi dengan lapisan roti semula (buat hingga habis atau loyang penuh).
  4. Akhir sekali tuangkan adunan cecair tadi ke dalam bekas roti yang telah siap dan bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
Selamat Mencuba !!!

Resepi Sarapan Pagi Yang Menarik - Hot Dog Telor Bentuk Hati

No comments

19 March, 2015


Jom kia intai-intai dapur hari ni..... buat sarapan yang menyelerakan, terutamanya untuk anak-anak yang sedang cuti sekolah ni.
Resepi ini sangat sesuai untuk sarapan pagi dan menaikan selera kanak-kanak yang tak suka sarapan. Ia juga sangat sesuai dan mudah buat ibu-ibu yang sibuk bekerja.


Bahan-bahanya
1) Hotdog (tak kisah jenis apa)
2) Telur
3) Lidi pencungkil gigi

Caranya
1) Rebus hotdog selama 3 minit dan toskan.
2) Kemudian belah hotdog ditenga-tengah secara memanjang dan (jangan sampai putus).
3) Tarik antara hujung ke hujung pada belahan hotdog tadi menjadi bentuk hati, kemudian cucuk dengan lidi pencungkil gigi .
4) Masukan ke dalam kuali dan pecahkan telur didalam hotdog yang berbentuk hati tadi.  biarkan sehingga masak dan angkat.

(boleh juga dimakan dengan baked beans dan sos)

Resepi Ringkas Biskut Nuttella

No comments

18 March, 2015

Alhamdulillah, hari ini, saya nak kongsikan bersama semua cara mudah dan ringkas membuat biskut Nuttella. Pasti seisi keluarga suka dengan biskut ini. Ia juga sesuai dimakan pada bila-bila masa, di waktu santai.


Bahan-bahan
1) 1 cawan Nutella
2) 10 sudu tepung (Sudu makan besar)
3) 2 Biji telor
4) Mangkuk kertas
5) Loyang berbentuk lengkung

Caranya

1) Masukan  kesemua bahan tadi kedalam mangkuk kemudian kacau rata dan tidak berketul.
2) sendukan kedalam mangkuk kertas yang telah disiapkan dalam loyang berbentuk lengkug tadi. (loyang lengkung digunakan agar mangkuk kertas tidak meleper apabila dimasukan bahan tadi)
3) Bakar selama 5-10 minit, kemudian keluarkan serta boleh dihidangkan.

Cara Mudah Membuat Biskut Oat Pisang

No comments

17 March, 2015


Resepi ini sangat sesuai bagi yang berdiet dan sesuai untuk semua, tidak kira masa, ia sangat mudah disediakan dan sangat sedap serta mengenyangkan. 


Bahan-bahanya
  1. Pisang - 2 biji
  2. Gula - 2 Sudu 
  3. Oat - 1 cawan

Cara-caranya
  1. Lenyekan pisang bersama gula sehingga hancur dan tidak berketul.
  2. Kemudian masukan oat dan gaul hingga sebati.
  3. Kepal @ Jadikan bahan tadi menjadi bulat dan diletakan didalam loyang.
  4. Bakar selama 10-15 minit dan kemudian sejukan serta dimasukan ke dalam bekas @ botol kedap udara supaya tidak lemau. 
Pastinya enak!!! Jom cuba !!!
(Bagi sesiapa yang menghidapi kencing manis, disarankan agar tidak payah masukan gula)

Resepi Mudah Roti Telur Cheese

No comments

Resepi ini Sesuai untuk sarapan pagi & minum petang. Jom cuba buat, pasti anak-anak suka.



Bahan-bahan 
  1. Roti Potong / Putih
  2. Cheasdale
  3. Telur 
Cara-cara membuatnya :-

  1. Potong roti ikut saiz yang anda suka serta potong bahagian tepi roti.
  2. Letakan cheasdale (potong ikut saiz roti juga) ditengah-tengah.
  3. Lapiskan satu lagi roti diatas cheasedale tadi.
  4. pecahkan telur dan kacau.
  5. celupkan roti yang berlapit tadi dengan telur.
  6. Goreng sampai kekuning-kuningan kemudian angkat.
Selamat Mencuba!!!

Restoran Asam Pedas Selera Kampung Janji Kepuasan Kepada Pelanggan

No comments

04 March, 2015


Untuk kali ini, kami hendak membawa anda semua mencuba masakan yang amat popular di Melaka. Tidak lengkap rasanya kedatangan anda ke Melaka jika tidak mencuba hidangan Asam Pedas Melaka yang amat popular ini.

Di Melaka, terdapat banyak tempat-tempat makan yang menyediakan masakan Asam Pedas. Jika anda bijak memilih tempat makan, anda pasti akan datang mencubanya lagi. Salah satu tempat yang wajib anda kunjungi adalah Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Asam Pedas Selera Kampung turut menyediakan pelbagai hidangan dan menu makanan tengahari seperti ikan bakar, ulam-ulaman dan lain-lain lagi. Harga yang dikenakan amat berpatutan. Semestinya anda harus singgah di Asam Pedas Selera kampung apabila anda berkunjung ke Melaka.

Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan PM 3, Plaza Mahkota,
75000 Melaka
Tel : 06 – 2835516
Open 24 hours ( Closed on Monday )
Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo