Responsive Ad Slot

Resepi Ayam Masak Cendawan

Untuk resepi kali ini, kami kongsikan kepada anda resepi Ayam Masak Cendawan, salah satu resepi yang amat mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga anda

26 September, 2016

/ by Admin
Resepi Ayam Masak Cendawan
Untuk resepi kali ini, kami kongsikan kepada anda resepi Ayam Masak Cendawan, salah satu resepi yang amat mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga anda. Okay, jom kita mulakan!

Bahan A

1/2 ekor ayam | dipotong lapan
4 biji cendawan hitam kering | direndam
50gm cendawan hitam | direndam

Bahan B

5 sudu makan sos tiram
Sedikit minyak bijan
2cm halia | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 tangkai cili kering | dipotong kasar
Minyak untuk menumis
Garam sekiranya perlu
Sedikit kicap
Sedikit air


Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, sos tiram, air dan sedikit kicap. Gaul rata. Biarkan seketika sehingga isi ayam empuk.
3. Masukkan cendawan kering, cendawan hitam dan cili kering. Masukkan juga sedikit minyak bijan. Gaul rata.
4. Seimbangkan rasa masakan dengan garam sekiranya perlu. Biarkan sebentar sebelum api di tutup.
5. Sedia untuk dihidang.


Nota - Cendawan kering harus direndam selama lebih kurang 30 minit bagi melembutkannya.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo