Kebiasaanya kita suka membeli biskut butter untuk anak-anak kerana teksturnya yang lembut dan rangup serta rasanya yang sedap. bukan saja untuk kanak-kanak dewasa malah ia sesuai untuk anak-anak kecil yang baru baru nak tumbuh gigi. ok lah, kali ini mari kita cuba untuk buat biskut butter sendiri. Jangan risau, ianya sangat mudah dan bahanya pun sangat ringkas.
Bahan-bahanya
- 225g Butter
- 125g Gula Aising
- 260g Tepung Gandum
- Sedikit Overlate (untuk biskut jadi lembut)
Caranya :-
- Gaulkan butter bersama gula aising hingga kembang
- Kemudian masukan overlate & tepung dan gaul rata hingga menjadi doh
- Gelekan dengan batang penggelek dengan ketebalan 1/4 @ 1/2 inci
- Akhir sekali tekap menggunakan pencetak kuih mengikut corak @ kehendak masing-masing dan bakar selama 16-18 minit dengan suhu 170 darjah celcius.
- Sejukan dan masukan ke dalam bekas kedap udara serta boleh dimakan bila-bila masa
Nota :- Boleh juga dihiasi dengan bermacam-macam jem atau taburan diatas biskut.
Sekian...Selamat Mencuba!!!!!
No comments
Post a Comment