Selamat tengahari semua....ha.... hari ni kita cuba pula buat coklat buah-buahan... resepi ini sangat ringkas, senang dan bahan pun mudah didapati. Bagi anak-anak yang tak suka makan buah-buahan, mungkin selepas mencuba resepi ini mereka akan menjadi lebih gemar memakan buah-buahan. mari kita lihat caranya.
atau
Bahan-Bahan
- Buah kiwi (tak kisah jenis buah apapun)
- Coklat Masak (guna cadbury pun sedap)
- Sedikit Butter
- Batang Aiskrim
Cara-caranya
- Buang dan bersihkan kulit buah kiwi, kemudian potong bulat-bulat ukuran selebar 1 jari dan cucukan dengan batang aiskrim (jadi macam lolipop). buat sehingga semua buah habis.
- Panas dan cairkan coklat bersama butter ke dalam mangkuk (buat kaedah double boiler)
- Setelah coklat cair, celupkan buah tersebut ke dalam coklat, biarkan ia sejuk dan coklat mengeras.
- Jika nak nampak lagi menarik dan anak-anak suka, boleh tambahkan hiasan seperti color rise atau sebagainya. (tabur bahan hiasan semasa coklat masih cair)
SEKIAN!! SELAMAT MENCUBA..!
No comments
Post a Comment