Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Dua Lagi Kubur Ditemui

Dua lagi mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dikeluarkan hari ini dari sebuah kem sementara di hutan bukit Wang Burma bersempadan dengan Thailand.

28 May, 2015

/ by Admin
Foto:Astro Awani
KUALA LUMPUR - Dua lagi mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dikeluarkan hari ini dari sebuah kem sementara di hutan bukit Wang Burma bersempadan dengan Thailand.   
    
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata kedua-dua mayat itu, yang lengkap berkapan dikeluarkan pada 12.15 tengah hari.
    
"Ia ditemui berhampiran dengan kubur rangka mayat yang dikeluarkan semalam. Kedua-dua rangka mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 3.10 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
    
Dengan penemuan dua lagi mayat hari ini, jumlah keseluruhan mayat yang telah dikeluarkan setakat ini ialah empat, dengan mayat pertama yang reput ditemui pada Isnin dan kedua semalam lengkap berkapan.  
    
Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, sepanjang 11 kilometer.
    
Menurut kenyataan itu, Pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia masih meneruskan misi menggali lokasi yang dipercayai kubur Pati dan mengeluarkan rangka mayat. - Bernama

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo