Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Isu Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi Dan Bekas Setiausaha Masjid Direman

Seorang bekas pengerusi dan bekas setiausaha masjid di Bukit Cina di sini ditahan reman empat hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM116,000.00 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik masjid berkenaan pada tahun 2012 lalu.

AYER KEROH - Seorang bekas pengerusi dan bekas setiausaha masjid di Bukit Cina di sini ditahan reman empat hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM116,000.00 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik masjid berkenaan pada tahun 2012 lalu.

Perintah reman sehingga 6 Mei ini, dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka Mohd. Anuar Ostadi terhadap suspek yang masing-masing berusia 61 dan 46 tahun.

Kedua - dua mereka dipercayai telah menjual tanah wakaf milik masjid kepada seorang lelaki bukan Islam yang tidak layak untuk memiliki tanah wakaf terbabit.

Mereka difahamkan menerima rasuah dengan menjual tanah yang telah diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Kedua - dua suspek ditahan sekitar jam 7 petang semalam ketika diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek yang berkemeja T hitam dan berkemeja merah tiba sekitar jam 10.40 pagi tadi dengan diiringi beberapa pegawai dan anggota SPRM. - Sinar Harian

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo