![]() |
Kamera yang dilengkapi sistem pengesanan nombor plat automatik (ANPR), bakal digunakan bagi mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertungggak. - Gambar Fail
|
KUALA LUMPUR - Kamera yang dilengkapi sistem pengesanan nombor plat automatik (ANPR), bakal digunakan bagi mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertungggak.
Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, dalam masa tempoh dua bulan akan datang, kamera tersebut akan dipasang pada kereta polis bagi mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertunggak melalui nombor pendaftaran.
“Apabila kenderaan melalui sesuatu kawasan, kamera akan merakam imej nombor plat dan menghantarnya terus ke pengkalan data polis.
“Jika nombor plat itu didapati mempunyai sebarang saman tertunggak, maka sistem ini akan dapat mengesan dan seterusnya pihak kami dapat membuat tangkapan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman semalam.
Tambahnya lagi, ini adalah salah satu langkah yang diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan angka saman tertunggak yang masih belum diselesaikan.
Dalam perkembangan lain, beliau turut berkongsi laporan Kajian Suku Ketiga tahun 2015 yang menunjukan statistik kemalangan maut membabitkan penunggang motorsikal masih ditahap membimbangkan dengan jumlah 3,223 pada tahun 2014 dan 3,098 pada tahun 2015.
Manakala negeri Kedah pula mencatatkan peratus kemalangan tertinggi sebanyak 16,402 berbanding 15,188 pada tahun 2014.
Pada sidang media yang dijalankan, beliau pada masa yang sama telah menyerahkan tugas kepada bekas Timbalan Penolong Kanan Pesurujaya baru, Akhir Darus manakala Penolong Pesurujaya kini dipegang oleh Ruslan Khalid, memetik laporan The Rakyat Post.
No comments
Post a Comment