Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Bengkel Perabot Haram Terbakar

Sebuah bengkel perabot dipercayai beroperasi secara haram di Lorong Pandan, di sini sejak kurang dua tahun lalu, musnah dalam kebakaran, semalam.

07 September, 2015

/ by Mohammad Zaffarin Mohd Khan
Melaka - Sebuah bengkel perabot dipercayai beroperasi secara haram di Lorong Pandan, di sini sejak kurang dua tahun lalu, musnah dalam kebakaran, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat alan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Yazid Md Tahir berkata, bengkel tersebut musnah seratus peratus dalam kejadian kira-kira jam 1 petang.

“Selain isi di dalam bengkel ini hangus, kebakaran turut mengakibat tiga kenderaan rosak termasuk sebuah van dan lori yang diletakkan hampir dengan bangunan.

“Bagaimanapun, kita berjaya selamatkan kedai hardware yang berada di kira dan kanan bengkel ini,” katanya di sini, semalam.

Mohd Yazib berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.07 petang dan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Bukit Katil dan Ayer Keroh tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Sebaik sahaja kita sampai, kesemua bangunan berkeluasan 100 kaki panjang dan 60 kaki lebar ini sudah seratus peratus terbakar dipercayai berikutan terdapat banyak bahan mudah terbakar di dalamnya.

“Bagaimanapun dengan kekuatan 21 orang anggota, api berjaya dikawal menggunakan empat pancutan air sebelum ia padam sepenuhnya jam 3 petang,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih lagi menyiasat punca sebenar kejadian dan kerugian dialami namun pemilik bengkel menganggarkan mengalami kerugian kira-kira RM300,000. - Sinar Harian.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo