Memori hitam 10-0 akan terus menjadi igauan rakyat Malaysia, apatah lagi buat barisan pemain skuad Harimau Malaya. Pertahanan Amirizdwan Taj Tajuddin meluahkan perasaan setiap pemain yang malu untuk pulang ke tanahair.
Kebolehan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memang tidak disangkal oleh Amiridzwan, namun dia tidak menyangka akan tewas sebegitu teruk.
"Kekalahan ini terus terngiang di dalam ingatan saya, kami tidak sangka akan tewas kepada mereka sebegitu teruk," ujar Amirizdwan.
Beberapa bulan lalu, Malaysia gagal mencipta sebarang keputusan yang positif ketika dibawah pimpinan Dollah Salleh, tewas 0-6 kepada Palestin, seri dengan Timor Leste dan Bangladesh.
Sejurus berita kekalahan terburuk dalam sejarah bola sepak negara itu sampai ke Malaysia, cemuhan dan kritikan dihujani kepada barisan pemain pasukan kebangsaan.
"Teguran yang dilemparkan kepada kami agak melampau dan agak keterlaluan, sampai nak balik Malaysia pun dah takut".
Skuad Harimau Malaya yang kini telah berada di Wisma FAM sedang menjalani latihan bagi persiapan untuk perlawanan menentang Arab Saudi, pertahanan The Red Warriors itu menggesa pemain supaya bangkit ketika beraksi di Stadium Shah Alam nanti.
"Datuk Ong Kim Swee telah melontarkan kata-kata semangat kepada kami, dan sememangnya kami mahu bangkit daripada kekalahan tersebut, lapor Astro Arena.
No comments
Post a Comment