Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Bajet 2016 - Najib Ajak Rakyat Kemuka Cadangan

Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama-sama memberikan cadangan sebelum 15 September ini untuk dimasukkan dalam Bajet 2016 yang akan dibentang di Parlimen, 23 Oktober ini.

07 September, 2015

/ by Mohammad Zaffarin Mohd Khan
Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama-sama memberikan cadangan sebelum 15 September ini untuk dimasukkan dalam Bajet 2016 yang akan dibentang di Parlimen, 23 Oktober ini.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan tersebut boleh dikemukakan kepadanya menerusi laman webnya.

"Kerajaan sedang menyediakan #Bajet2016. Ada cadangan yang ingin diberikan kepada saya? Kemukakan sebelum 15 September di https://najibrazak.com/bajet2016/,"
katanya menerusi tweet terbaru di akaun Twitternya, malam ini.

Laman web najibrazak.com/bajet2016/ itu turut memaparkan beberapa kategori yang sering menjadi fokus dalam Bajet-bajet sebelum ini.

Antaranya kos sara hidup, pembangunan luar bandar, perumahan, kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keselamatan.

Selain itu, orang ramai diberi peluang mengemukakan cadangan-cadangan lain. - Bernama

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo