Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

600 Lagi Rumah PR1MA Di Bina Di Terengganu

Kerajaan negeri meluluskan tanah seluas 18.4 hektar untuk dibangunkan 600 unit rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pelbagai kategori di Kampung Sungai Bari, di sini.

21 July, 2017

/ by Admin
600 Lagi Rumah PR1MA Di Bina Di Terengganu
SUNGAI TONG - Kerajaan negeri meluluskan tanah seluas 18.4 hektar untuk dibangunkan 600 unit rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pelbagai kategori di Kampung Sungai Bari, di sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Sabri Mohd Noor berkata, 30 peratus daripada unit perumahan itu adalah Rumah Mampu Milik (RMM).

Menurutnya, selain rumah jenis RMM, turut dibina rumah teres, kos sederhana dan rumah murah yang pastinya mampu dimiliki.

“Kawasan pembinaan itu hanya satu kilometer dari Pekan Sri Langkap, di sini.

“Saya percaya rumah PR1MA ini memberi keselesaan kepada penduduk di Langkap untuk membeli rumah,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan Majlis Pembukaan Stesen Minyak Caltex, Sungai Tong, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.

Sabri yang juga merangkap Adun Langkap berkata, kawasan pembinaan itu kini sedang dalam proses pembersihan tapak dan dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan.

Katanya, dia difahamkan, kos bagi menyiapkan projek PR1MA itu menelan belanja hampir RM90 juta dan mengambil masa lebih kurang tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

"Ia amat bertepatan sekali apabila dibina di Dun Langkap dan juga daerah Setiu kerana permintaan bagi permohonan rumah di situ amat tinggi.

"Terdapat hampir 3,000 permohonan rumah PR1MA dibuat warga Terengganu termasuk penduduk di Dun Langkap sendiri," katanya.

Tambahnya, permohonan sentiasa dibuka dan mereka yang berminat boleh mengisi secara online di dalam laman web PR1MA.

“Saya berharap dengan adanya perumahan PR1MA ini juga akan merancakkan ekonomi, pendidikan dan sebagainya di Setiu khasnya di Dun Langkap,” katanya, lapor Sinar Harian.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo