Responsive Ad Slot

40 Pelajar Malaysia Terkandas Akibat Banjir Di Chennai

Banjir yang melanda negeri Tamil Nadu di selatan India menyebabkan kira-kira 40 pelajar Malaysia di Meenakshi Ammal Dental College, Maduravoyal, kira-kira 40km dari Chennai, terkandas di asrama mereka.

02 December, 2015

/ by Admin
Konsul jenderal R. Citra Devi, apabila dihubungi, berkata para pegawainya sedang berusaha menghubungi pegawai kolej itu bagi mengatur urusan menyelamatkan pelajar terbabit. - Gambar Fail

NEW DELHI - Banjir yang melanda negeri Tamil Nadu di selatan India menyebabkan kira-kira 40 pelajar Malaysia di Meenakshi Ammal Dental College, Maduravoyal, kira-kira 40km dari Chennai, terkandas di asrama mereka.

Pelajar terbabit meminta pejabat konsul jenderal Malaysia di Chennai menyelamatkan mereka apabila air banjir mencecah aras satu bangunan berkenaan pagi ini, manakala Jabatan Meteorologi India meramalkan akan berlaku hujan lebat.

Konsul jenderal R. Citra Devi, apabila dihubungi, berkata para pegawainya sedang berusaha menghubungi pegawai kolej itu bagi mengatur urusan menyelamatkan pelajar terbabit.

"Kami sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar terbabit apabila mereka sampai di Chennai," katanya.

Citra Devi berkata lebih 1,000 pelajar Malaysia di bandar raya itu dan di kawasan lain terjejas oleh banjir dan pejabat beliau telah membuka pusat krisis banjir untuk membantu mereka.

Menurut beliau, bekalan elektrik di bandar raya itu terganggu sejak malam tadi dan hampir semua jalan raya utama dinaiki air.

Citra Devi menasihati rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan supaya menghubungi para pegawai pejabat konsul jenderal, yang bertugas sepanjang masa, melalui WhatsApp (+91 9940344334) atau e-mel (mwchennai@kln.gov.my).

Mereka juga boleh menghubungi pejabat konsul itu (+091 4424334434) atau nombor telefon bimbitnya (+91 9791114261), kata beliau.

Pihak berkuasa lapangan terbang Chennai mengumumkan lapangan terbang di bandar raya itu terus ditutup hingga 6 pagi esok kerana landasannya masih ditenggelami air.

Sementara itu, Malaysia Airlines dan AirAsia, yang mengadakan perkhidmatan dua kali sehari ke Chennai, melencongkan penerbangan mereka ke Bengaluru di negeri Karnataka, memetik laporan Astro Awani.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo