Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Pentagon Tidak Sependapat Dengan Trump

Arahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melarang penyertaan golongan transgender dalam pasukan tentera mungkin tidak dilaksanakan

15 August, 2017

/ by Admin
Pentagon Tidak Sependapat Dengan Trump
WASHINGTON - Arahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melarang penyertaan golongan transgender dalam pasukan tentera mungkin tidak dilaksanakan.

Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis, yakin Rumah Putih akan memberi garis panduan tambahan berhubung isu berkenaan namun Pentagon memiliki pandangan sendiri.

Mattis berkata, isu berkenaan amat rumit untuk diputuskan dalam jangka masa singkat.

"Dasar ini akan memutuskan sama ada golongan transgender dibenarkan untuk berkhidmat, keadaan yang membenarkan, jenis bantuan perubatan diperlukan atau jangka hayat perkhidmatan mereka," katanya.

Ditanya sama ada Pentagon akan terus menggunakan khidmat golongan berkenaan, Mattis berkata, ia akan dikaji secara terperinci sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.

Dalam siri status yang dimuat naik di akaun Twitternya, Trump mengumumkan menarik semula dasar dilaksanakan Barack Obama sebelum ini yang membenarkan golongan transgender berkhidmat secara terbuka dalam pasukan tentera.

Rumah Putih belum memberi panduan rasmi kepada Pentagon bagi memperincikan pengharaman terbabit atau nasib yang bakal menimpa anggota transgender sedia ada. - AFP

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo