Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Suami Isteri Maut, Bom Diletakkan di Motosikal Meletup

Sepasang suami isteri terkorban apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Jalan Pulai, Gua Musang pagi ini.

07 October, 2015

/ by Admin
Mangsa yang juga suami isteri maut di tempat kejadian akibat bom buatan sendiri yang diletakkan di motosikal mangsa oleh individu tidak dikenali meletup secara tiba-tiba. Foto - Sumber
GUA MUSANG - Sepasang suami isteri terkorban apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Jalan Pulai, Gua Musang pagi ini.

Kejadian yang berlaku kita-kira jam 9:30 pagi menggemparkan orang ramai yang sedang menjalankan aktiviti harian.

Mangsa yang tinggal di Kampung Batu Papan 2 di sini dikenali sebagai Ah Mok dan isterinya, Kim Fong berusia 70-an bekerja sebagai penoreh getah.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

"Kejadian berlaku ketika jalan agak sunyi ketika pasangan berkenaan sedang keluar untuk sarapan pagi di kedai berhampiran."

"Bom buatan sendiri itu berkenaan yang sudah dipasang pada motosikal meletup menyebabkan mayat kedua-dua mereka berkecai dan tercampak ke kawasan semak berhampiran," katanya.

Pihak polis kini dalam siasatan lanjut dan pihak forensik daripada Kuantan telah datang untuk membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai suapaya tidak mengaitkan kejadian dengan isu perkauman, agama atau politik, memetik laporan SiakapKeli.

Berikut merupakan laporan berita dari RTM

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo