Responsive Ad Slot

"Saya ahli Umno totok" - Muhyiddin Yassin

"Saya ahli Umno toktok, semuanya (mesyuarat Majlis Tertinggi Umno) berjalan dengan lancar," kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

09 September, 2015

/ by Admin
KUALA LUMPUR - "Saya ahli Umno totok, semuanya (mesyuarat Majlis Tertinggi Umno) berjalan dengan lancar," kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengakuan Muhyiddin itu sekaligus menjawab serta menangkis khabar angin yang mengatakan beliau dan beberapa pemimpin tertinggi Umno akan dipecat dari parti Melayu itu.

Kepulangan Muhyiddin disambut lebih 300 penyokongnya dari Umno Johor yang berpusu-pusu mengiringi beliau beredar meninggalkan Menara Datuk Onn dengan laungan takbir "Allahuakbar" sambil memegang sepanduk tertera tulisan "Pejuang Melayu".

Selain Muhyiddin turut tersenarai dalam khabar angin pemecatan itu ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula menyifatkan mesyuarat parti itu hari ini berjaya menyelesaikan "masalah besar" dalam Umno.

"Mesyuarat sebulat suara untuk memperkukuhkan perpaduan Umno dan mara ke hadapan.

"Amanat Presiden hari ini dengan semangat besar selesaikan masalah dalam parti yang besar ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MT Umno di lobi Menara Datuk Onn, di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo