Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Polis Percaya Morais Diculik

Bekas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais, dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki.

09 September, 2015

/ by Admin
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais, dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata maklumat ini diperoleh berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan mangsa ketika keluar dari rumah di Jalan Duta menuju ke pejabatnya di Putrajaya.

"Pemeriksaan CCTV dijalankan termasuk  CCTV milik persendirian," katanya hari ini.

Menurutnya polis kini menjalankan siasatan secara lebih terperinci daripada maklumat yang diperoleh.


Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu beliau turut menafikan laporan kononnya mayat Kevin Morais ditemui di Klang, Selangor.

Beliau sebaliknya menegaskan berita itu hanya khabar angin. Zainuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Penemuan mayat yang kononnya adalah Morais dilaporkan menerusi Facebook dan ia menjadi viral di media sosial.

Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan susulan itu polis  menubuhkan sebuah pasukan petugas khas diketuai oleh Zainuddin sendiri untuk menyiasat kes berkenaan.

Morais kali terakhir dilaporkan dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta 1, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk  ke pejabatnya di Putrajaya dan dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q, lapor Astro Awani.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo