Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Keseluruhan Perjalanan Himpunan Rakyat Bersatu Terkawal

Keadaan keselamatan semasa 'Himpunan Rakyat Bersatu' di Padang Merbok di sini hari ini pada keseluruhannya terkawal.

16 September, 2015

/ by Admin
Peserta Himpunan Rakyat Bersatu berkumpul di Padang Merbok dalam keadaan terkawal.
KUALA LUMPUR - Keadaan keselamatan semasa 'Himpunan Rakyat Bersatu' di Padang Merbok di sini hari ini pada keseluruhannya terkawal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, tiada sebarang insiden yang tidak diingini atau laporan berhubung keganasan diterima, setakat ini.

"Tiada keganasan dilakukan peserta Himpunan Rakyat Bersatu yang bermula 12 tengah hari tadi.

"Angggota polis akan terus mengetatkan kawalan keselamatan di semua kawasan terlibat bagi memastikan keselamatan semua pihak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ribuan peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' berhimpun di Padang Merbok, yang diterajui oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Perhimpunan itu diadakan antaranya sebagai reaksi terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan di ibu kota pada 29 dan 20 Ogos selain menyatakan sokongan terhadap kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokrasi serta menolak politik ekstremis. - Bernama

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo