Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Jerebu - Sesi Persekolahan Bersambung Semula

Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin pulih.

16 September, 2015

/ by Admin
Sesi persekolahan bersambung semula esok di negeri-negeri yang terkesan akibat jerebu. Foto - BHarian.

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di seluruh negara  dibuka semula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin pulih.
   
Menurut Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini hari ini, keputusan itu dibuat setelah meneliti bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara sehingga 4 petang hari ini.
   
"Bagaimanapun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU serta boleh mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," menurut kenyataan itu.
   
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak terjejas akibat jerebu, terutama bagi yang mengalami masalah pernafasan, tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah, tetapi perlu memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai anak mereka, menurut kenyataan itu.
   
Semalam, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk dengan bacaan IPU menghampiri 200.
   
Sehingga 4 petang tadi, hanya Sarawak mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 iaitu di Seri Aman (155), Kuching (153) dan Samarahan (153).
   
Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 150 dan menutup sekolah apabila bacaan IPU melebihi 200. - Bernama

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo