SUBANG JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak gentar untuk ditahan berhubung kenyataannya pada perhimpuan Bersih 4 bulan lalu dan menyatakan ‘itu adalah cara di Malaysia’.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika tiba di Terminal Skypark Subang dari Republik Czech bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Menurut beliau, setakat ini beliau tidak menerima apa-apa surat memaklumkan niat polis untuk menahannya.
“Itu adalah hak dan tugas mereka. Tangkap saya. Saya baca di akhbar kemungkinan penangkapan saya, jadi sudah tentu saya pergi.
“Sekiranya dipanggil polis, kena pergi. Itulah caranya di Malaysia, Saya tidak rasa ia patut tetapi saya akan beri kerjasama,” katanya kepada lebih 100 penyokongnya yang turut hadir.
Sementara itu, Siti Hasmah yang turut menerima kemungkinan itu berkata, walaupun perdana menteri yang paling lama bertugas untuk negara lebih 20 tahun, dia menerimanya kerana ia sebahagian daripada politik dan itulah hakikatnya.
Pada perhimpunan Bersih 4 lalu, Tun Dr Mahathir mendakwa Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Umno telah diberi rasuah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Itu apa yang saya tahu (dakwaan rasuah). Saya tahu mereka dirasuah. Jangan bohong dan jangan tipu. Beritahu perkara sebenar,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya berkenaan perhimpunan Kebangkitan Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 16 September ini, katanya tiada sebab untuk mengadakannya kerana masalah yang timbul perlu diselesaikan sendiri.
“Kenapa perlukan perhimpunan baju merah? Tiada keperluan untuk itu kerana ini bukannya kuning lawan merah sebagaimana yang berlaku di Bangkok, Thailand,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan mengambil keterangan Tun Dr Mahathir dan beliau akan disiasat kerana hasutan jenayah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, dipetik dari Rakyat Post.
No comments
Post a Comment