MELAKA: Lapan beranak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Tengah Krubong, Melaka Tengah hangus dalam kebakaran, 2.30 petang semalam.
Mangsa Zulkifli Jaamat berkata, 42, berkata, dia merasa agak terkilan apabila persiapan menyambut Aidilfitri turut rentung bersama kediaman itu.
"Saya tidak sempat selamatkan barangan dalam rumah, malah baju raya enam anak turut rentung.
"Namun saya bernasib baik kerana tiga kambing dibela termasuk dua ekor milik rakan berjaya diselamatkan selepas api merebak kekandang haiwan itu di belakang rumah," katanya.
Katanya, ketika kejadian dia bersama enam anak berada di Hospital Melaka kerana melihat isterinya yang baru selesai menjalani pembedahan apendiks.
No comments
Post a Comment