Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Beri Peluang Sekucupnya Pada Najib - Idris Haron

Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi ruang secukupnya untuk merencana dan melaksanakan pelbagai pelan pembangunan bagi membawa negara ke tahap yang lebih tinggi,

10 April, 2015

/ by Admin
MELAKA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi ruang secukupnya untuk merencana dan melaksanakan pelbagai pelan pembangunan bagi membawa negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Katanya tekanan yang tidak sepatutnya tidak akan membantu Perdana Menteri untuk mentadbir seterusnya membawa negara ke tahap yang lebih baik.

Ketika negara berdepan pelbagai cabaran terutama keadaan ekonomi tidak menentu, Idris berkata rakyat perlu bersatu serta merapatkan barisan bersama Najib untuk menempuh cabaran yang kini dihadapi negara bagi memastikan Malaysia terus kekal membangun terutamanya untuk kebaikan generasi akan datang.

"Jangan sekali-kali kita jadi orang yang hanya tahu menuding jari sahaja, sebaliknya kita perlu melihat dan mendalami situasi yang dihadapi sekarang seterusnya mengkaji kelemahan untuk mengembalikan kekuatan secara bersama," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berpendapat kritikan seperti itu tidak akan sama sekali melemahkan semangat Perdana Menteri untuk terus mentadbir negara dan membela rakyat.


Idris berkata kerajaan di bawah pentadbiran Najib telah melakukan pelbagai perkara yang memberi banyak kebaikan dan oleh itu rakyat harus menghargai usaha yang dilakukan Perdana Menteri.

"Sekiranya beliau (Najib) ada membuat kesilapan kemukakan teguran yang membina supaya kesilapan sama tidak diulangi, malah saya lihat teguran membina amat dihargai beliau.

"Setiap teguran membina dilontarkan akan menjadikan beliau lebih baik dan dengan ruang dan kepercayaan diberi rakyat, saya yakin beliau mampu mentadbir negara ini dengan lebih baik," katanya.

Beliau berkata sepanjang Najib memimpin negara, pelbagai cabaran telah dihadapinya dan Perdana Menteri bijak menanganinya dengan sokongan padu rakyat. -Bernama
Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo