Seramai 43 anggota kumpulan militan IS maut dalam dua pertempuran berasingan dengan pasukan keselamatan Iraq di utara bandar Tikrit.
Menurut sumber keselamatan, tentera disokong pejuang sukarelawan Syiah melancarkan serangan di wilayah Hayy al-Qadisiyah, terletak lebih 140 kilometer di barat laut ibu negara.
"Anggota militan yang terbunuh bersembunyi di beberapa buah rumah di seluruh kawasan itu. Seorang komander kanan pro kerajaan dan seorang pegawai polis turut terbunuh dalam serangan terbabit," menurut sumber menerusi laporan rangkaian televisyen satelit al-Sumaria.
Dalam pertempuran berasingan, sembilan anggota IS maut di Shuhada termasuk seorang rakyat Perancis yang memakai jaket dilengkapi bahan letupan.
Pegawai juga memaklumkan, tentera Iraq akan terus memantau Hayy al-Qadisiyah untuk mencari anggota IS dan memusnahkan bahan letupan serta jerangkap samar yang telah dipasang. - Press TV