Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Warga Felda Tidak Mudah Terpedaya Helah DAP

Tindakan gabungan pembangkang PKR menggunakan bekas pemimpin UMNO sebagai boneka untuk meraih undi daripada warga Felda tidak akan berjaya kerana rakyat sedar terhadap kecelaruan yang dihadapi keempat-empat parti dalam gabungan tersebut.

24 April, 2018

/ by Admin
Warga Felda Tidak Mudah Terpedaya Helah DAP

KUALA LUMPUR - Tindakan gabungan pembangkang PKR menggunakan bekas pemimpin UMNO sebagai boneka untuk meraih undi daripada warga Felda tidak akan berjaya kerana rakyat sedar terhadap kecelaruan yang dihadapi keempat-empat parti dalam gabungan tersebut.

Malah, warga Felda tidak akan sama sekali menerima gabungan tersebut berikutan faktor DAP yang sebelum ini begitu lantang menyuarakan kecemburuan dan mempertikaikan manfaat yang dinikmati oleh setiap peneroka.

Mengulas mengenai perkara ini, pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Datuk Dr. Ismail Sualman berkata, setiap peneroka menyedari helah itu dan tidak akan menggadai masa depan mereka dengan memberi undi kepada gabungan pembangkang PKR.

“Adalah mustahil untuk gabungan pembangkang PKR mampu menarik pengundi di kawasan Felda kerana setiap daripada peneroka mempunyai semangat wala’ terhadap kerajaan yang telah memberi banyak manfaat kepada mereka sejak dari dahulu lagi.

“Walaupun terdapat cubaan daripada gabungan pembangkang PKR mengetengahkan isu berkaitan dengan Felda sebelum ini, kerajaan BN telah mengambil langkah proaktif dengan menyelesaikan segala permasalahan tersebut dengan pengumuman manifesto dan ia disambut baik oleh golongan peneroka dalam negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, PKR, PPBM yang dibubarkan sementara dan PAN tidak mampu menyembunyikan hakikat DAP sebagai parti paling dominan dalam gabungan pembangkang PKR. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo