KUALA LUMPUR - Ringgit melantun semula daripada kerugian dua hari berturut-turut apabila dibuka lebih tinggi dalam dagangan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.
Peniaga berkata, prestasi itu menjejaki permintaan baharu selepas unit mata wang AS terus diunjurkan akan mengekalkan corak menurun.
Pada jam 9.05 pagi, unit mata wang tempatan itu didagangkan kepada 4.2900/2930 berbanding paras 4.2970/2000 semalam.
Dolar AS jatuh selepas tercetusnya kebimbangan terhadap kemungkinan Rizab Persekutuan AS akan menangguhkan hasrat menaikkan kadar faedah selepas berdepan dengan kelemahan inflasi.
Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang lain
Ia lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1475/1508 daripada 3.1420/1447 pada Rabu dan rendah dalam dagangan dengan yen kepada 3.9043/9073 berbanding 3.8761/8795 semalam.
Unit tempatan turut lebih lemah berbanding euro kepada 5.0485/0533 daripada 5.0369/0422 sebelumnya, namun lebih kukuh dalam dagangan berbanding pound Britain kepada 5.5268/5345 berbanding 5.5358/5410 semalam.-Bernama
No comments
Post a Comment