Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Pembayaran BR1M Peringkat Ketiga Bermula Hari Ini

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017, akan dibuat mulai hari ini (16 Ogos) bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 Sept ini.

16 August, 2017

/ by Admin
Pembayaran BR1M Peringkat Ketiga Bermula Hari Ini

PUTRAJAYA - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017, akan dibuat mulai hari ini (16 Ogos) bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 Sept ini.

Bagi permohonan yang lulus pada peringkat rayuan, pembayaran akan dibuat pada 29 Ogos ini.

"Kerajaan berharap pemberian BR1M dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha kelak," kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan mereka semalam. .

Menurut kementerian pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran, katanya.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo