KUALA LUMPUR 16 Ogos - Malaysia memastikan pingat emas pertamanya dalam Sukan SEA Ke-29 apabila memenangi acara berangkai chinlone di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Skuad negara mencatat 391 mata berbanding 271 mata milik Filipina dalam pusingan akhir selepas turut mendahului 197-133 dalam set pertama dan 194-138 pada set kedua.
Brunei beroleh gangsa setelah hanya beroleh 157 mata dan terkandas pada pusingan awal. Malaysia mengumpul 376 mata berbanding Filipina, 293 dalam pusingan itu, memetik laporan Utusan Malaysia.
No comments
Post a Comment