
Melaka United mencatat kemenangan kedua di dalam saingan TM Piala Malaysia 2017 selepas berjaya menundukkan UITM FC dengan jaringan 2 - 1 dalam aksi yang berlangsung malam tadi di Stadium Hang Jebat.
Dalam aksi yang boleh dikatakan agak hambar dan perlahan itu, Melaka United berjaya mendahului lawan melalui jaringan pemain import mereka, Felipe De Souza melalui sepakan percuma pada minit ke-22.
Melaka United berpeluang menambah jaringan apabila dihadiakan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, namun sepakan yang diambil oleh Marco Simic tinggi melepasi palang gol UITM FC.
Perhujung separuh masa pertama, pasukan UITM FC berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Akanni Sunday untuk mengikat perlawanan 1 - 1 sehingga separuh masa.
Menuju separuh masa kedua, Melaka United beberapa kali cuba menembusi gawang lawan, namun masih gagal menambah jaringan.
Felipe De Souza sekali lagi menjadi pemusnah pasukan UITM FC apabila sekali lagi berjaya menjaringkan gol juga menerusi sepakan percuma menewaskan Mohd Soffuan pada minit ke-63.
Kedudukan 2 - 1 terus kekal sehingga ke wisel penamat.
Dengan kemenangan ini, Melaka United berkongsi enam mata bersama-sama Kedah dan juga Kelantan dalam kumpulan yang sama, sementara UITM FC terus gagal mengutip sebarang mata selepas tiga perlawanan.
No comments
Post a Comment