Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Siasat Segera Insiden Tayar Pesawat MAS Kempis - Liow Tiong Lai

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menyiasat segera insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang mengalami masalah tayar kempis semalam.

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menyiasat segera insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang mengalami masalah tayar kempis semalam.

"Saya telah arahkan pihak DCA menyiasat dan menghantar laporan Lengkap mengenai insiden tersebut.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan hal membabitkan pesawat penerbangan dan insiden itu tidak Sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk membabitkan aspek teknikal.

Ia turut melibatkan faktor tayar pesawat itu, keadaan landasan dan juga penyelenggaraan terhadap pesawat.

Semalam, dua tayar pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta mengempis selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Insiden pada 7.13 pagi itu membabitkan pesawat Boeing 738 menyebabkan Landasan 2 di KLIA ditutup. - Awani

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo