PUTRAJAYA - Seorang lagi anggota polis direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.
Anggota berpangkat koperal itu adalah individu ke-10 yang direman bagi membantu siasatan kes berkenaan. Lelaki berusia 52 tahun itu direman bermula hari ini hingga 24 Mei.
Perintah reman tujuh hari itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman, hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Difahamkan suspek bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan ditahan SPRM jam 2.15 petang semalam di rumahnya di kuarters IPK sama.
Terdahulu, sembilan individu, termasuk dua Ketua Polis Daerah (KPD) direman enam hari bermula semalam sehingga 22 Mei ini bagi membantu siasatan, lapor Berita Harian.
No comments
Post a Comment