
Lukisan yang dilukis menggunakan teknik 3D ini mengambarkan seolah-olah gambaran lukisan tersebut hidup dan nyata.
Bagi orang Melaka, anda tidak perlu pergi sehingga ke Pulau Pinang untuk melihat hasil seni menarik ini, kini lukisan mural ini boleh anda jumpai di sekitar bangunan kedai di Jalan Kampung Kuli, Melaka.
Untuk lebih memudahkan pencarian anda, lokasi ini berhampiran dengan deretan bangunan kedai lama di Jonker Walk.
Anda boleh membuat carian di Google Map dengan lokasi magnitud 2.196353, 102.248901.
Melaka Mural Art merupakan antara tarikan terbaru pelancong untuk dilawati di Melaka. Pelbagai jenis lukisan yang boleh anda lihat disana.






Jadi, pada anda yang ingin berkunjung ke Melaka, apa kata anda bawa keluarga anda bersama untuk melihat sendiri Melaka Mural Art.
No comments
Post a Comment