Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Dari April Fools’ Day Joke, Kini Pokemon Go Menjadi Fenomena Dunia

Sejak aplikasi Pokemon Go ini dilancarkan, harga saham Nintendo telah meningkat sehingga 12 Juta USD. Aplikasi Pokemon Go ini juga berjaya mengaut keuntungan lebih daripada 2 Juta USD setiap hari melalui sistem In-App Purchase.

14 July, 2016

/ by Admin
Aplikasi permainan Pokemon Go kini sedang menjadi fenomena di seluruh dunia. Dengan jumlah muat turun mencecah lebih 10 juta di minggu pertama pelancaranya, penggunaan aplikasi Pokemon Go ini berjaya menandingi pengguna aktif harian laman sosial Twitter serta memiliki waktu pengguna yang lebih tinggi berbanding Facebook, Snapchat, Instagram dan WhatsApp.

Kejayaan aplikasi Pokemon Go hasil ciptaan John Hanke ini bukanlah hadir dalam waktu yang singkat buat beliau. Beliau mengakui memerlukan masa 20 tahun untuk mencapai kejayaan yang luar biasa ini.

Ikuti kisah perjalanan John Hanke dalam membangunkan aplikasi Pokemon Go ini.

Pada tahun 1996, ketika masih bergelar mahasiswa, John Hanke mencipta MMO (massively multiplayer online game) pertama yang dikenali sebagai ‘Meridian 59’. Walaubagaimanapun beliau menjual permainan tersebut ke syarikat permainan video 3DO bagi mengejar minat lainnya iaitu pemetaan dunia secara digital.

John Hanke kemudian melancarkan aplikasi ‘Keyhole’ pada tahun 2000, aplikasi yang menghubungkan peta dengan foto dari udara, serta mencipta peta dunia dengan gambar udara berbentuk 3D yang berhubung terus ke sistem GPS.

Aplikasi itu berjaya menarik minat Google untuk membeli Keyhole, dan dengan bantuan dan persetujuan John Hanke, Keyhole akhirnya menjadi milik Google dan dikenali sebagai ‘Google Earth’pada masa kini. John Hanke turut membantu pasukan pembangun Google Geo yang berjaya mencipta Google Maps dan Google Street View sehingga tahun 2010. 

Ternyata minatnya terhadap permainan video sukar dilupakan dan beliau mula mencipta permainan video lain yang bersandarkan sistem GPS sebagai teras utama.

Pada tahun 2010, John Hanke melancarkan Niantic Labs, sebuah start-up yang dibiayi oleh Google dalam mencipta permainan video yang berlandaskan sistem GPs sebagai teras utama permainan video tersebut.

Pada tahun 2012, John Hanke yang memimpin Niantic, berjaya mencipta MMO (massively multiplayer online game) berpandukan peta pertama, yang dinamakan “Ingress”. 

Aplikasi permainan video ini membawa konsep bermain permainan video seperti di dunia nyata. Idea “Ingress” ini tercetus ketika dalam perjalanan beliau dari rumah ke pejabat Google setiap hari.

“Selama perjalanan pergi dan pulang ke pejabat, saya selalu berfikir untuk membuat aplikasi permainan video yang menggunakan semua data peta digital yang dimiliki, sehingga permainan videeo yang dimainkan benar-benar berada di dunia nyata”.

Pada tahun 2014, Google dan Pokemon Company sempat bekerja sama dalam menjayakan permainan video untuk April Fools’ Day Joke, yang mana pengguna mungkin menemui karakter-karakter Pokemon di dalam aplikasi Google Maps. Perkara itu menjadi bualan hangat dikalangan pengguna Google Maps, dan dari situ John Hanke mula berfikir untuk menjadikan ianya sebagai sebuah kenyataan.

John  Hanke memutuskan untuk mencipta Pokemon Go berdasarkan pada titik-titik lokasi yang dibuat oleh pengguna permainan video Ingress, dan lokasi-lokasi popular ini dipilih untuk dijadikan PokĂ©stops dan gyms di dalam aplikasi permainan Pokemon Go.

Bagi merealisasikan idea beliau untuk membangunkan aplikasi Pokemon Go ini, John Hanke memerlukan dana sebanyak 25 Juta USD. Dana tersebut  berjaya diperolehi dari Google, Nintendo, Pokemon Company dan pelabur lain yang berminat dengan idea beliau. Dana tersebut juga digunakan untuk membina pasukan beliau dalam menghasilkan aplikasi Pokemon Go.

Hasilnya, pada 6 Julai 2016 yang lalu, beliau secara rasminya melancarkan aplikasi permainan video Pokemon Go serentak di Amerika Syarikatt, Australia dan New Zealand.

Sejak aplikasi Pokemon Go ini dilancarkan, harga saham Nintendo telah meningkat sehingga 12 Juta USD. Aplikasi Pokemon Go ini juga berjaya mengaut keuntungan lebih daripada 2 Juta USD setiap hari melalui sistem In-App Purchase.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo