![]() |
Pengerusi KBUP, Datuk Yusof A Bakar, berkata selain itu pergerakan ini juga ditubuhkan untuk memastikan UMNO Pagoh tidak terasing atau bersendirian dalam soal membela masyarakat, rakyat dan pengundi di kawasan terbabit. Foto - BHarian. |
PAGOH - Sekumpulan ahli dari tujuh cawangan UMNO Bahagian Pagoh hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Memetik laporan BHarian, Gerakan yang dikenali sebagai Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) itu ditubuhkan untuk memastikan UMNO Bahagian Pagoh terus sentiasa bersama arus perdana UMNO Pusat.
Pengerusi KBUP, Datuk Yusof A Bakar, berkata selain itu pergerakan ini juga ditubuhkan untuk memastikan UMNO Pagoh tidak terasing atau bersendirian dalam soal membela masyarakat, rakyat dan pengundi di kawasan terbabit.
"Bukan kami tidak sayang Tan Sri Muhyiddin Yassin (Ketua UMNO Bahagian Pagoh) tetapi kami lebih sayangkan parti UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO tetap menjadi wadah perjuangan orang Melayu.
"Kami sangat terkilan dan kecewa apabila Muhyiddin sanggup bersekongkol dengan DAP. Kami orang Melayu sudah lama menolak dan menentang DAP kerana mereka menentang dasar Melayu," katanya pada sidang media di pejabatnya di Taman Pagoh Jaya di sini.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi KBUP, Datuk Zaaba Aman, wakil ketua cawangan dan ketua sayap cawangan UMNO Bahagian Pagoh. Yusof berkata, pihaknya juga selepas ini akan turut mengadakan sesi penerangan kepada semua ahli UMNO Pagoh secara harmoni bagi memastikan parti ini akan terus utuh pada masa depan.
No comments
Post a Comment