![]() |
Pihak berkuasa turut memaklumkan, dua kanak-kanak dan dua pegawai polis adalah antara mangsa terbunuh. Foto - AP |
ISLAMABAD - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala 23 yang lain cedera dalam satu serangan pengeboman di perkarangan sebuah mahkamah di Pakistan, semalam.
Pegawai kanan polis, Fayaz Khan berkata, insiden berlaku apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri ketika pegawai polis cuba menghalangnya daripada memasuki bangunan mahkamah di bandar Shabqadar, terletak kira-kira 150 kilometer di barat laut Islamabad.
Kumpulan Jamat-ul-Ahrar mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan itu, sebagai membalas dendam di atas kematian Mumtaz Qadri yang dijatuhi hukuman gantung selepas dia menembak mati gabenor Punjab pada tahun 2011.
Pihak berkuasa turut memaklumkan, dua kanak-kanak dan dua pegawai polis adalah antara mangsa terbunuh.
Berdasarkan rakaman media tempatan, jelas menunjukkan kemusnahan besar di tapak letupan dengan sekurang-kurangnya dua kereta hangus terbakar selain beberapa ambulan membawa mangsa cedera ke hospital, lapor AFP.
No comments
Post a Comment