Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Fasa Kedua RTC Sungai Rambai Dibangunkan

Fasa Kedua Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai bernilai RM3 juta akan dibangunkan di kawasan Hentian Rehat dan Rawat Sungai Rambai, Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) arah selatan.

24 February, 2016

/ by Admin
Sebanyak 28 agensi kerajaan, swasta dan bandan berkanun ditempatkan di pusat sehenti itu bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan itu. - Gambar Fail
JASIN - Fasa Kedua Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai bernilai RM3 juta akan dibangunkan di kawasan Hentian Rehat dan Rawat Sungai Rambai, Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) arah selatan.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, fasa kedua berkenaan yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada Jun depan akan menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian, perladangan, ternakan dan hasil laut untuk dipasarkan kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, fasa tambahan RTC itu memberikan tumpuan khusus terhadap pelbagai aktiviti ekonomi bagi menaik taraf kehidupan penduduk setempat.

"Inisiatif untuk membangunkan fasa kedua RTC ini disebabkan sambutan yang baik terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di fasa pertama RTC Sungai Rambai dengan lebih 80,000 pengunjung sejak ia dibuka pada 1 Disember lepas," katanya kepada Bernama di sini.

Fasa pertama RTC Sungai Rambai bernilai RM2.5 juta di kawasan seluas 3.6 hektar dibangunkan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Rambai, Lebuhraya AMJ menghala ke utara.

Sebanyak 28 agensi kerajaan, swasta dan bandan berkanun ditempatkan di pusat sehenti itu bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan itu.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo