![]() |
Polis Melaka menumpaskan 'Geng Bordok' dengan tertangkapnya tujuh anggota geng berkenaan yang disyaki terlibat dengan 17 kes pecah rumah. - Gambar Fail |
JASIN - Polis Melaka menumpaskan 'Geng Bordok' dengan tertangkapnya tujuh anggota geng berkenaan yang disyaki terlibat dengan 17 kes pecah rumah dan satu kes curi motosikal di daerah ini sejak pertengahan 2014.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata seorang daripada anggota geng itu ditahan di Kampung Parit Sialang, Sungai Rambai di sini pada 2 pagi 29 Disember lepas.
"Susulan penahanan suspek itu, kita menahan enam lagi rakannya di sekitar Merlimau dan Sungai Rambai termasuk ketua kumpulan itu yang bernama Bordok.
"Kesemua suspek yang berusia 17 hingga 30 tahun mengaku terlibat dalam semua kes itu," katanya kepada pemberita.
Selain itu, polis turut merampas komputer riba, barang kemas, telefon pintar dan jam tangan mewah daripada mereka. - Bernama
No comments
Post a Comment