Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Ops Jejak GST 2016 Buru Syarikat, Perniagaan Yang Masih Degil

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menggerakkan 1,500 anggotanya bagi mengesan mana-mana syarikat atau perniagaan yang belum mendaftar di bawah sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

07 January, 2016

/ by Admin
Menurut Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, Ops Jejak GST 2016 akan bermula dari 17 hingga 22 Januari ini di seluruh negara. - Gambar Fail

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menggerakkan 1,500 anggotanya bagi mengesan mana-mana syarikat atau perniagaan yang belum mendaftar di bawah sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, Ops Jejak GST 2016 akan bermula dari 17 hingga 22 Januari ini di seluruh negara.

''Ini operasi ketiga sejak pengenalan GST April tahun lepas dan dilakukan bagi mengesan mereka yang masih ingkar untuk mendaftar.

"Berdasarkan risikan dan maklumat orang awam, kami mendapati masih terdapat syarikat yang belum mendaftar sebagai orang kena daftar GST walaupun telah layak didaftarkan secara mandatori," kata Khazali dalam sidang media Ops Jejak GST di sini, pada Khamis.

Operasi yang akan dilaksanakan di seluruh negara ini melibatkan 1,500 orang pegawai dari Bahagian GST dan Bahagian Pematuhan dan Penguatkuasaan JKDM.

Menurut Khazali, JKDM mensasarkan untuk mendaftar 100,000 registran baru bagi tempoh 2016 sebagai tambahan kepada 400,519 yang telah berdaftar sepanjang tahun lepas.

Tambah beliau, dalam operasi ini juga pihak JKDM akan mengesan mereka yang telah berdaftar GST tetapi gagal mematuhi Seksyen 33 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 berkenaan pengeluaran invois cukai yang menyebabkan amaun GST tidak dapat diakaunkan sepertimana sepatutnya.

"Mana-mana orang berdaftar GST yang gagal mengeluarkan invois cukai atau mengeluarkan suatu invois cukai yang tidak mengandungi butir-butir yang telah ditetapkan, adalah melakukan kesalahan di bawah Akta CBP 2014," kata Khazali.

Menurutnya, bermula 15 Januari 2016, mereka yang berdaftar GST dikesan gagal mematuhi peraturan akan dikenakan kompaun serta-merta.

Jelasnya, peniaga yang masih menggunakan sistem invois secara manual atau bertulis tangan juga digalakkan untuk bertukar kepada sistem automatik Point of Sales (POS) agar tidak berlaku kekeliruan kepada pengguna apabila dikenakan caj GST oleh peniaga, lapor Astro Awani.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo