Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

'Saya bersyukur walau kita ada sedikit masalah' - Tun M

"Kalau kita lupa akan sejarah kita, kita akan mengulangi segala kesalahan-kesalahan yang lalu berkali-kali, " demikian ucap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Malam Inspirasi Perjuangan Pejuang 2015 anjuran Isma di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

15 September, 2015

/ by Mohammad Zaffarin Mohd Khan
Shah Alam - "Kalau kita lupa akan sejarah kita, kita akan mengulangi segala kesalahan-kesalahan yang lalu berkali-kali, " demikian ucap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Malam Inspirasi Perjuangan Pejuang 2015 anjuran Isma di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

"Jika kita ulangi kesalahan yang lalu maka kita akan dapat banyak masalah dan mungkin banyak peristiwa buruk akan berlaku," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir mengingatkan bangsa Melayu agar ‎ menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan negara yang dahulu kerana jasa mereka sangat besar buat negara.

"Jika kita hargai perjuangan mereka Insya-ALLAH bangsa Melayu dapat dikekalkan dan kita akan menjadi bangsa yang dihormati di dunia," katanya.

Dr Mahathir turut menzahirkan rasa syukur kerana Malaysia masih kekal aman walaupun keadaan politik kini ‎sedikit 'goyah'.

"‎Saya bersyukur walaupun kita hadapi sedikit masalah, namun kita masih belum berperang dan berpecah sepertimana yang berlaku di Timur Tengah.

 ‎"Kerana jika orang Islam berbunuh sesama sendiri yang gelak ketawa puak yahudi dan AS mereka ketawa kerana orang Islam sudah buat kerja mereka‎," katanya. - SInar Harian

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo