Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Ringgit Dijangka Terus Meningkat

Ringgit dijangka meneruskan momentum meningkatnya minggu depan walaupun Rizab Persekutuan (FED) US mengekalkan kadar faedah sedia ada.

19 September, 2015

/ by Admin
Ringgit dijangka meneruskan momentum meningkatnya minggu depan walaupun Rizab Persekutuan (FED) US mengekalkan kadar faedah sedia ada. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka meneruskan momentum meningkatnya minggu depan walaupun Rizab Persekutuan (FED) US mengekalkan kadar faedah sedia ada.

Naib Presiden/Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, dengan keputusan FED mengekalkan kadar faedah sedia ada, ia mengurangkan tekanan ke atas Bank Negara Malaysia serta mata wang tempatan.

Beliau berkata, paras semasa ringgit dan ketidaktentuan ekonomi US akan menggalakkan lebih banyak pelabur asing melabur di Malaysia, selain meningkatkan industri eksport.

Sementara itu, Ketua Penyelidik MIDF, Zulkifli Hamzah berkata, keputusan FED itu mendapat reaksi bercampur-campur dalam pasaran.

"Ringgit memperoleh manfaat berdasarkan pengukuhannya hari ini (Jumaat), memandangkan penangguhan itu melegakan dan memberi ruang kepada mata wang tempatan mengukuh. Sentimen ke atas ringgit dilihat kembali menuju kepada keadaan yang lebih baik.

"Dalam pasaran luar pesisir, elemen spekulasi sudah semakin reda," katanya.

Namun beliau berkata, pergerakan mata wang tempatan bergantung kepada kedudukan harga minyak dan situasi tempatan.

"Ia merupakan gabungan elemen... yang berada dalam dan di luar kawalan kita," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit mengukuh berbanding dolar US kepada 4.2030/2110 daripada 4.3150/3200 Jumaat lepas.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0211/0273 daripada 3.0510/0569 Jumaat lepas dan tinggi berbanding yen kepada 3.5242/5315 daripada 3.5812/5868 minggu lepas.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound sterling kepada 6.5697/5831 daripada 6.6576/6679 minggu lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.8112/8208 daripada 4.8716/8781 Jumaat lepas. - Bernama

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo