Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Papan Tanda Amaran Didirikan Di Tanjung Bidara

Lima papan tanda amaran akan diletakkan di kawasan dikenal pasti berisiko sepanjang pantai Tanjung Bidara.

17 September, 2015

/ by Mohammad Zaffarin Mohd Khan
Gambar sekadar hiasan.

Tanjung Bidara, Melaka - Lima papan tanda amaran akan diletakkan di kawasan dikenal pasti berisiko sepanjang pantai Tanjung Bidara.

Adun Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud berkata, insiatif berkenaan dilakukan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akhir Ogos ini bagi memastikan kejadian lemas sebelum ini termasuk yang terbaru Sabtu lalu, tidak berulang.

Beliau berkata, papan tanda amaran juga akan didirikan di kawasan Balik Batu di pantai tersebut yang dikenal pasti berlaku kejadian lemas membabitkan empat maut setakat ini.

Menurutnya, usaha berkenaan juga membuktikan kerajaan negeri tidak mengambil ringan ciri-ciri keselamatan di pantai tersebut.

“Pantai Tanjung Bidara masih selamat untuk aktiviti perkelahan namun ada beberapa tempat kita kenal pasti seperti kawasan Balik Batu yang mana kedalaman paras air boleh mencapai kira-kira empat meter dari atas darat terutama apabila air pasang.

“Ini antara faktor berlaku kes lemas, selain permukaan tanah berselut serta tidak rata. Beberapa papan tanda akan didirikan sebagai memberi arahan dan langkah berjaga-jaga terutama untuk pengunjung luar dan baru pertama kali ke pantai ini," katanya selepas Majlis Penutup Sambutan Hari Kemerdekaam ke-58 dan Hari Malaysia peringkat Dun Tanjung Bidara di pentas Utama MPAG Pantai Tanjung Bidara, di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas program dianjurkan, beliau yang juga Timbalan Exco  Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri berkata, program kali ini memberi kelainan apabila turut menganjurkan pertandingan nyanyian lagu patriotik yang julung kali diadakan di negeri ini tahun ini.

Selain itu, katanya, program turut dimeriahkan dengan pertandingan rumah berhias Jalur Gemilang di kawasan kampung dan taman perumahan, sekali gus mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk pelbagai bangsa.

"Secara tak langsung dapat menyemaikan semangat cintakan negara dalam kalangan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat khusus generasi muda," katanya.

Antara aktviti dianjurkan pada program berkenaan termasuk pertandingan mewarna, sukaneka dan cabutan nombor bertuah. - Sinar Harian

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo