Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Parti Amanah Nasional Jadi Wadah Politik GHB

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu hari ini mengumumkan Parti Amanah Nasional (Amanah) sebagai wadah politiknya secara rasmi.

31 August, 2015

/ by Admin
KUALA LUMPUR - Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu hari ini mengumumkan Parti Amanah Nasional (Amanah) sebagai wadah politiknya secara rasmi.

Mohamad memaklumkan, GHB mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja -Pekerja Malaysia selepas permohonan untuk meletakkan nama Parti Progresif Islam (PPI) ditolak Kementerian Dalam Negeri.

"Melalui proses perundangan, kami Gerakan Harapan Baru telah pun memohon pendaftaran sebuah Parti Islam baharu bernama Parti Progresif Islam (PPI) selari dengan hak yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Memahami akan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan sebuah parti baharu melalui pengalaman di dalam negara ini, maka GHB dalam masa sama yang sama mencapai matlamatnya melalui wadah politik sedia ada," kata Bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini, lapor Astro Awani.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo