Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Virus Mers Ragut Mangsa Ketujuh di Seoul

Kementerian Kesihatan Korea Selatan semalam, memberitahu seorang pesakit yang dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) telah meninggal dunia, sekali gus menjadikannya kematian ketujuh akibat wabak itu.

10 June, 2015

/ by Admin
SEOUL - KOREA SELATAN. Kementerian Kesihatan Korea Selatan semalam, memberitahu seorang pesakit yang dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) telah meninggal dunia, sekali gus menjadikannya kematian ketujuh akibat wabak itu.

Kementerian tersebut berkata, terdapat lapan kes Mers baharu dicatatkan dan jumlahnya kini meningkat kepada 95, tetapi ia kurang daripada 23 kes harian  seperti yang dilaporkan kelmarin.

Menurut Presiden Park Geun-hye, virus berkenaan mula merebak di Korea Selatan bulan lalu selepas seorang ahli perniagaan dijangkiti selepas pulang dari lawatan ke Timur Tengah.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) setakat ini tidak mengenakan sekatan perjalanan di Korea Selatan dan Ketua Pengarahnya Margaret Chan yakin negara itu akan dapat mengawal penularan wabak terbabit.

Bagaimanapun, penggera  telah diperluaskan dan kira-kira 25,000 orang membatalkan lawatan ke negara berkenaan antara 5 dan 7 Jun lalu. - Reuters

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo