Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Sempadan Malaysia-Thailand Terlalu 'terbuka' - Ahmad Zahid Hamidi

Tembok di sempadan Malaysia-Thailand wajib dibina bagi memperketat kawalan keselamatan dan penguatkuasaan di sepanjang kawasan itu, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

04 June, 2015

/ by Admin
PUTRAJAYA - Tembok di sempadan Malaysia-Thailand wajib dibina bagi memperketat kawalan keselamatan dan penguatkuasaan di sepanjang kawasan itu, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, ketika ini sempadan Malaysia-Thailand terlalu terbuka dan ini memudahkan pergerakan keluar masuk manusia secara tidak langsung dan menggalakkan sindiket penyeludupan manusia, dadah, senjata api dan barangan bersubsidi.

Ahmad Zahid mengambil contoh tembok sempadan Amerika Syarikat-Mexico yang berjaya mengurangkan aktiviti pencerobohan sempadan walaupun ia tidak dapat dihalang sepenuhnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, pada Khamis, lapor Astro Awani.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo