Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Sokong Pemandu Teksi Sertai Kursus

Pihak pengusaha teksi menyambut baik cadangan kerajaan yang membenarkan pemandu teksi mengambil tugas tambahan sebagai pemandu pelancong.

20 July, 2017

/ by Admin
Sokong Pemandu Teksi Sertai Kursus
Pihak pengusaha teksi menyambut baik cadangan kerajaan yang membenarkan pemandu teksi mengambil tugas tambahan sebagai pemandu pelancong.

Langkah itu dikatakan, selain boleh menambahkan pendapatan kepada pemandu teksi, ia mampu memberikan gambaran menarik kepada pelancong.

Menurut Pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail, sekiranya kerajaan memberikan kursus pemandu pelancong kepada golongan pemandu teksi, ia sudah tentu satu cadangan yang baik dan perlu disokong.

"Dengan menyertai kursus pemandu pelancong, ia akan meningkatkan lagi pengetahuan pemandu teksi mengenai tempat menarik di dalam negara ini.

"Sambil membawa pelancong, pemandu teksi juga boleh memberikan penerangan destinasi pelancongan yang mereka lawati.

"Majikan kepada pemandu teksi ataupun persatuan pemandu teksi sepatutnya menggalakkan pemandu teksi menyertai kursus secara percuma ini," katanya.

Shamsubahrin mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai peluang pemandu teksi menambah pendapatan dengan menjadi pemandu pelancong di bawah rancangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Mohamed Nazri berkata, kementerian sedang melihat kursus untuk pemandu teksi bagi mempersiapkan dan membolehkan mereka menjadi pemandu pelancong sambilan.

“Kita akan keluarkan pelekat ‘pemandu teksi ini sudah menjalani kursus dengan kementerian’, supaya pelancong lebih meyakini perkhidmatan mereka,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo