Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Kedah Mohon Jasa Baik FAM

Mohd Nidzam Adzha Yusof berkata, lima pemain tersebut yang kini mengikuti latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula semalam sangat diperlukan berdepan saingan Piala Malaysia dan Liga Super.

06 July, 2017

/ by Admin
Kedah Mohon Jasa Baik FAM
Penyandang juara Piala Malaysia, Kedah memohon jasa baik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pengendali Kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee untuk membenarkan lima pemainnya membantu pasukan menghadapi UiTM FC pada 7 Julai dan Melaka United 11 Julai ini.

Ketua Jurulatihnya, Mohd Nidzam Adzha Yusof berkata, lima pemain tersebut yang kini mengikuti latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula semalam sangat diperlukan berdepan saingan Piala Malaysia dan Liga Super.

Menurutnya, kehadiran penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, dua pemain sayap iaitu Ariff Farhan Md Isa dan Farhan Roslan, pemain tengah, Amirul Hisham Awang Kechik dan penyerang, Syafiq Ahmad masih diperlukan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain utama akibat masalah kecergasan dan kecederaan.

“Kita memang melepaskan mereka menyertai latihan pusat bagi persiapan menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok, Thailand, namun memohon pengecualian agar mereka dapat membantu Kedah bertemu UiTM pada 7 Julai (Piala Malaysia) dan Melaka United 11 Julai (Liga Super).

Selepas itu kita akan terus melepaskan mereka untuk menyertai pasukan kebangsaan menghadapi perlawanan di Bangkok,” katanya.

Bagi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018, pasukan Kebangsaan akan bertemu Indonesia pada 19 Julai diikuti Thailand (21 Julai) dan Mongolia (23 Julai). - Sinar Harian

Lang Merah kini meletakkan harapan tinggi kepada barisan pemain mudanya selepas sebahagian besar tonggak utama dilanda masalah kecederaan dan kecergasan.

Kelmarin, lima pemain terbabit membantu Kedah mencatatkan kemenangan sulung 2-0 ke atas Melaka United dalam aksi Piala Malaysia.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo