Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Lionel Messi Di Hukum Penjara 21 Bulan

Mahkamah Agung Sepanyol mengesahkan hukuman penjara 21 bulan dan denda $2.25j (RM9.62j) dikenakan kepada Lionel Messi kerana penipuan cukai selepas penyerang sensasi Barcelona itu membuat rayuan di mahkamah

25 May, 2017

/ by Admin
Lionel Messi Di Hukum Penjara 15 Bulan

Mahkamah Agung Sepanyol mengesahkan hukuman penjara 21 bulan dan denda $2.25j (RM9.62j) dikenakan kepada Lionel Messi kerana penipuan cukai selepas penyerang sensasi Barcelona itu membuat rayuan di mahkamah itu, lapor AFP

Pemain itu dan bapanya, Jorge Horacio Messi pada Julai 2016 didapati bersalah menggunakan syarikat di Belize, Britain, Switzerland dan Uruguay untuk mengelak membayar cukai ke atas 4.1j euro pendapatan Messi yang diperoleh dari hak imej dari tahun 2007 hingga 2009.

Pendapatan yang berkaitan imej Messi itu disembunyikan termasuk tawaran sokongan dengan Danone, Adida, Pepsi-Cola, Procter & gamble dan Kuwait Food Company.

Messi, 29, dan bapanya dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan.

Hukuman penjara mungkin akan ditangguhkan sebagaimana biasa di Sepanyol untuk kesalahan pertama bagi kesalahan bukan jenayah keganasan yang membawa hukuman tidak lebih daripada dua tahun.

Mereka merayu kepada Mahkamah Agung yang mengesahkan hukuman kepada pemain terbaik lima kali itu pada Rabu.

Walau bagaimanapun, mahkamah mengurangkan tempoh penjara 15 bulan terhadap bapanya, dengan mengambil kira bintang bola sepak itu telah membayar balik cukai kepada pihak berkuasa.

Messi dan bapanya membuat pembayaran secara sukarela sebanyak 5.0 juta euro sama dengan jumlah cukai yang dikatakan tidak dibayar ditambah dengan faedah pada bulan Ogos 2013 selepas secara rasmi disiasat.-AFP

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo