Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Hakim Wanita Islam Pertama AS Ditemui Mati

Hakim wanita Islam pertama dilantik dalam sejarah perundangan Amerika Syarikat (AS), Sheila Abdus-Salaam, 65 ditemui mati dalam Sungai Hudson di Manhattan.

14 April, 2017

/ by Admin
Hakim Wanita Islam Pertama AS Ditemui Mati
MANHATTAN - Hakim wanita Islam pertama dilantik dalam sejarah perundangan Amerika Syarikat (AS), Sheila Abdus-Salaam, 65 ditemui mati dalam Sungai Hudson di Manhattan, kata sumber polis.

Mayat beliau ditemui terapung berhampiran persimpangan 132nd Street dan Hudson Parkway pada jam 1:45 petang waktu tempatan pada Rabu.

Saksi ternampak tubuhnya yang lengkap berpakaian di sungai itu dan menelefon 911, kata polis. Sumber memberitahu The Post, Sheila adalah hakim bersekutu Mahkamah Rayuan AS, dilaporkan hilang dari rumahnya di Harlem pada pagi hari sama.

Mayatnya dikenal pasti oleh suaminya yang melaporkan kehilangannya. Sumber berkata, tiada kesan ketara akibat trauma atau kecederaan yang boleh dikaitkan dengan jenayah atau kekejaman dan kematiannya mungkin kerana membunuh diri.

“Sheila Abdus-Salaam adalah hakim perintis yang sentiasa menegakkan keadilan dan memastikan kehidupan lebih baik untuk semua di New York,” kata Gabenor New York, Andrew Cuomo dalam satu kenyataan hari ini.

“Beliau adalah pelopor dan tulisannya membuktikan kebijaksanaan dan moralnya yang teguh serta wajar menjadi teladan.

Saya amat berbesar hati ketika melantiknya ke mahkamah tertinggi dan kini sedih dengan pemergiannya,” kata Cuomo. Sheila juga adalah wanita Amerika-Afrika pertama dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan New York. – AP

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo