Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Thailand Tingkat Tahap Amaran Virus Zika

Jabatan Kawalan Penyakit Thailand (DDC) mengarahkan semua 12 Pusat Operasi Kecemasan di negara itu supaya meningkatkan tahap amaran kepada tahap dua berikutan penularan wabak Zika.

16 September, 2016

/ by Admin
Thailand Tingkat Tahap Amaran Virus Zika
BANGKOK – Jabatan Kawalan Penyakit Thailand (DDC) mengarahkan semua 12 Pusat Operasi Kecemasan di negara itu supaya meningkatkan tahap amaran kepada tahap dua berikutan penularan wabak Zika.

Pengarah DDC, Amnuay Gajeena berkata, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat antara pegawai DDC dan Pejabat Pencegahan dan Kawalan Penyakit.

Kata Amnuay, Kementerian Kesihatan Awam telah mengarahkan semua agensi di bawahnya supaya melaksanakan langkah memantau, mencegah dan mengawal Zika termasuk penyelidikan penyakit Zika dan tabiat nyamuk pembawa virus itu.

Pada Selasa lepas, kementerian tersebut mengumumkan terdapat 200 kes Zika yang dilaporkan di negara itu sejak Januari lalu, menjadikan Thailand antara negara dengan kadar jangkitan Zika tertinggi di Asia. Sementara itu, Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura (NEA) pula mengumumkan kelmarin bahawa lapan lagi kes Zika telah dikesan. Singapura merekodkan 341 kes Zika sejak 27 Ogos lalu.

Menurut NEA, terdapat tujuh wabak Zika di Singapura dengan penularan utama berlaku dekat Aljunied Crescent, Sims Drive, Kallang Way dan Paya Lebar Way. Virus Zika berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes dan hubungan seks.

Simptom Zika termasuk demam, radang mata, sakit kepala dan sakit otot. Jangkitan Zika semasa mengandung membawa kepada bayi mikrosefali yang mempunyai kepala kecil dan cacat otak. - Bernama.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo