
DUBAI - Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ditutup selama setengah jam hari ini selepas sebuah dron berlegar-legar di ruang udaranya, kata pihak berkuasa.
Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, mereka terpaksa menutup operasi lapangan terbang selepas jam 8 pagi hari ini susulan ' aktiviti dron yang tidak dibenarkan'.
Katanya lagi, beberapa pesawat yang berlepas dan mendarat terpaksa ditangguhkan susulan alat permainan kawalan jauh itu.
Tambahnya dalam Twitter, "keselamatan adalah keutamaan dan kami mengingatkan semua pengendali dron, aktiviti menerbangkan alat itu tidak dibenarkan dalam jarak lima kilometer dari mana-mana lapangan terbang atau kawasan mendarat," katanya.
Sebelum ini dron dikatakan menjadi punca gangguan operasi penerbangan di lapangan terbang yang menjadi pangkalan utama penerbangan jarak jauh Emirates.
Sejak Februari lalu, pemilik dron diwajibkan mendaftar dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pihak berkuasa turut mengharamkan peminat hobi itu meletakkan kamera atau cahaya laser pada dron mereka dan menerbangkan dalam kawasan tertentu. - AP
No comments
Post a Comment